Advertisement

Permohonan dan Semak Status | Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2021) | Kumpulan B40 dan M40 | Bantuan Sara Hidup (BSH) 2021 | BPR 2021

KEMASKINI!!

CARA MOHON UNTUK KUMPULAN B40 dan M40

UNTUK DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BSH BAGI B40 dan M40 | BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2021 
KLIK SINI!! – MOGA BERJAYA
———-
MEREKA YANG TIDAK PERLU DAFTAR ADALAH SEPERTI GOLONGAN DI BAWAH :-

SEKIRANYA ANDA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG PERLU DAFTAR, UNTUK DAFTAR DAN SEMAKAN STATUS BSH BUJANG | BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2021 

KLIK SINI!! – MOGA BERJAYA

————————————

Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2021, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.

Orang ramai disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2021.

KEMASKINI BSH TERKINI 2021

  • Permohonan BSH
    • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2021 sekiranya:
    1. Permohonan BSH 2020 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
    2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:
      1. Elaun Pekerja Cacat
      2. Bantuan Penjagaan OKU
      3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
      4. Bantuan Orang Tua
    • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2021 sekiranya:
    1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau
    2. Permohonan BSH 2020 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2021; atau
    3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2021
    • Maklumat BSH 2021 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
    1. Permohonan melalui dalam talian
    2. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
    3. Borang Permohonan BSH 2021 Yang Boleh Dimuat turun
    4. Panduan Pengguna Pengisian Borang
    5. Soalan Lazim (FAQ)
  • Pembayaran Fasa Pertama BSH
    • Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2020 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
    • Tarikh dan kaedah pembayaran
    1. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2021 adalah secara berikut:
      1. Pengkreditan terus ke akaun
      2. Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak)

Untuk permohonan secara atas talian (Online) boleh ke BSH Login di bawah:

Laman Web BPN 2021:
https://bpn.hasil.gov.my/

SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2021

1. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH/BPN 2021 berstatus kahwin?
J: Pemohon BSH/BPN 2021 yang berstatus kahwin perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:

i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan
bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah
RM4,000 dan ke bawah

ii. Pasangan
a. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan
b. Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
c. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /
d. MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia
e. (MyKad / MyKid)

iii. Anak (jika mempunyai anak)
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.

2. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH/BPN berstatus Ibu Bapa Tunggal /
Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak?
J: Pemohon BSH/BPN yang berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
mempunyai
anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:

i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
c. tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
d. pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

ii. Anak
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.

3. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Warga Emas Sebatang
Kara?
J: Pemohon BSH yang berstatus Warga Emas Sebatang Kara perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
ii. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke
iii. bawah.

Untuk permohonan secara atas talian (Online) boleh ke BSH Login di bawah:

Laman Web BPN 2021:
https://bsh.hasil.gov.my/

MOHON DAN SEMAK SECARA ONLINE SEGERA!!

Baca juga : Cara Semak Kelulusan, Kemaskini dan Bayaran BPR 2021 Online –Fasa 2 & 3

Baca Juga : Cara Mohon dan Semak Rayuan BPR Fasa 2 & 3 Online

Advertisement


One Pingback

Leave a Comment