Advertisement

Permohonan dan Cara Daftar Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

Permohonan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023, Jumlah Bayaran BTR dan Jadual Tarikh Bayaran, Syarat dan Kelulusan Permohonan, Semakan Status BTR, Login dan Kemaskini BTR.

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan BKM?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.

Semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Lulus Atau Tidak

Individu yang telah mendapat bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.

Walaubagaimanapun, semakan boleh dibuat di laman sesawang https://btr.hasil.gov.my (akan diaktifkan tidak alam lagi)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan bantuan sama ada lulus atau tidak;

  1. Pemohon boleh klik pada bahagian “Log Masuk BTR” dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon seperti pada rajah di bawah ini
  2. Kemudian, klik pada butang “Semak”.
  3. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.
  5. Klik pada bahagian “Semakan Status”.
  6. Akhir sekali, paparan status permohonan akan dipaparkan menunjukkan pemohon lulus untuk mendapat bantuan atau tidak.

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

KATEGORIBILANGAN ANAK / PENDAPATANJUMLAH BANTUAN
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan5 orangRM2500
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan1-4 orangRM1000 – RM2000
Pendapatan isi rumah antara RM2500 sehingga RM5000Bergantung kepada bilangan anakRM500 – RM1250
BujangBergantung kepada pendapatanRM350
Warga emas tiada pasangan Bergantung kepada pendapatanRM600
Ibu / Bapa TunggalBergantung kepada pendapatanTambahan RM500

NOTA: Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Februari 2023 nanti.

Advertisement


Leave a Comment