Permohonan dan Semakan Status MySalam | Skim Perlidungan Takaful Percuma
Permohonan, Tuntutan dan Semakan Status Skim Perlindungan Nasional – MySalam
Tahukah anda apa itu MySalam? mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberi oleh Kerajaan untuk perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Syukur kepada Allah, dengan adanya mySalam ini dapat mengurangkan bebanan kepada warga yang dalam kekurangan dari segi kewangan.
Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam ini?
Sedia maklum, Kerajaan mengambil berat tentang rakyatnya, Oleh itu Kerajaan telah sediakan satu skim pelindungan kesihatan sosial untuk bantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Wang diperuntukan untuk program mySalam
Untuk dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.
Anda boleh baca Soalan Lazim DISINI
Kelayakan MySalam
- Penerima BSH atau BPN layak automatik mySalam
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Cara Mohon dan Semak MySalam
Untuk mendaftar di bawah Skim Perlindungan MySalam ini, anda dikehendaki mengisi maklumat No Kad Pengenalan di ruangan ‘ SEMAK KELAYAKAN’ untuk menentukan kelayakan anda terlebih dahulu. Klik Sini untuk Semakan Kelayakan Anda
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my dengan melog masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :
Wilayah Persekutuan
- Hospital Kuala Lumpur
- Hospital Ampang
- Hospital Putrajaya
- Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
- Institut Kanser Negara (IKN)
Selangor
- Hospital Selayang
- Hospital Kajang
- Hospital Serdang
- Hospital Sg. Buloh
- Hospital Kuala Kubu Bahru
- Hospital Banting
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Sabak Bernam
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Perak
- Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
- Hospital Seri Manjung, Manjung
Pulau Pinang
- Hospital Umum Pulau Pinang
- Hospital Seberang Jaya
- Hospital Bukit Mertajam
Kedah
- Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
- Hospital Kulim
Perlis
- Hospital Tuanku Fauziah
Kelantan
- Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian
Terengganu
- Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
- Hospital Besut
Pahang
- Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Johor
- Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
- Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
- Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
Sarawak
- Hospital Umum Kuching
- Hospital Sibu
- Hospital Bintulu
Sabah
- Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu
- Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan
Cara Tuntutan MySalam
Langkah untuk buat tuntutan MySalam
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
I. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
45 Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut
- Alzheimer/ Demensia teruk
- Angiolplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningtis Bakteria
- Tumor Otak Benign
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan otak
- Kanser
- Kardiomipati
- Anemia Aplastik Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS gejala penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV
- Kegagalan Buah Pinggang
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
- Hilang keupayaan bertutur
- Trauma kepala major
- Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Lumpuh anggota badan
- Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmoneri Primer
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/ Angin Ahmar
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistematik
- Kelecuran Tahap 3
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Penyakit Untut
- Penyakit Lembu Gila
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
MySalam & COVID-19
Terkini, kerajaan memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke was disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun.
Komplikasi yang berpunca daripada virus COVID-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 14 jenis Penyakit Kritikal tersenarai boleh membuat tuntutan di bawah manfaat penyakit kritikal.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Anda juga boleh menghantar e-mel bagi sebarang pertanyaan di info@mysalam.com.my atau hubungi talian MySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Baca Juga : BPR Tambahan PEMERKASA PLUS : Cara Semak dan Mohon Bantuan RM500 Untuk B40 | RM100 Untuk Bujang
Advertisement