Advertisement

Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Online

Cara Mohon Online Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Secara Atas Talian | Syarat Kelayakan Permohonan PPRT | Kedah , Selangor, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Penang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya | Semakan Kelulusan PPRT | Cara Mohon eSPKR Secara Atas Talian

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR merupakan salah satu program  pembasmian kemiskinan luar bandar  dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Komponen SPKR  meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri,  menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Apakah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)?

Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Syarat Kelayakan

Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.

Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang layak adalah seperti berikut:

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di               peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Syarat Bantuan Bina Baharu 

Kemudahan bina baharu berikan kepada peserta yang:

  • tidak mempunyai rumah;
  • rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

Syarat Bantuan Baik Pulih

  • Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:

  • warga emas;
  • orang kurang upaya (OKU);
  • ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  • mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang

Baca Juga : Cara dan Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Kawasan Liputan

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

  •  Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

A. Bina Baharu

  • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

B. Baik Pulih

  • Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
  1. Penyelenggaraan;
  2. Penambahbaikan; dan
  3.  Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah(Sila rujuk Lampiran A bagi senarai yang dibenarkan).
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Cara Permohonan

Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.

Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

Sila isi borang di pautan berikut untuk memohon :

Muat turun : Borang Kebenaran Tanah

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca Juga : Cara Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Baca Juga : Cara Permohonan Rumah Kos Rendah Seluruh Negeri

Advertisement


Leave a Comment