Advertisement

Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia

Untuk makluman, Yayasan Bursa Malaysia telah memberikan biasiswa penuh kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Matlamat biasiswa ini diperkenalkan adalah untuk membantu pelajar-pelajar tersebut menyambung pengajian mereka dan mendapat pendidikan berkualiti di peringkat tinggi.

Pelajar yang berminat untuk memohon Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2021 boleh membuat permohonan sebelum 30 September 2021.

Prioriti Jurusan

Prioriti atau keutamaan permohonan diberikan kepada pelajar yang mengambil jurusan berikut:

  • Undang-undang.
  • Kewangan.
  • Perakaunan. 
  • Ekonomi.

Syarat Umum

Syarat umum bagi permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini adalah seperti berikut iaitu:

  1. Permohonan mestilah berumur di bawah 22 tahun.
  2. Pendapatan isi rumah keluarga pemohon mestilah kurang dari RM5,000.
  3. Telah mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.

Syarat Akademik & Kokurikulum

Di samping syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan iaitu mencapai keputusan sekurang-kurangnya:

  1. STPM: Minimum 2A dan 2B
  2. A-Levels: Minimum 2A dan 2B; atau
  3. Matrikulasi/Program Asasi: CGP 3.5 dan kea atas; dan
  4. Malaysian University English Test (MUET): Band 4; atau
  5. SPM atau O-Levels: Kepujian dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.

Bagi kokurikulum pula, syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Selain itu, pemohon juga perlulah aktif dan aktiviti sukan dan kurikulum dan kelebihan bagi pemohon memegang jawatan tinggi dalam persatuan atau kelab yang pernah disertai.
  2. Pelajar perlu mempunyai sahsiah tinggi dan ciri kepimpinan yang baik.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan biasiswa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan Klik Sini
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar dokumen sokongan mlalui email scholarships@bursamalaysia.com atau secara pos ke alamat:

    Bursa Malaysia Berhad,
    Yayaasn Bursa Malaysia,
    11th Floor, Exchange Square,
    Bukit Kewangan,
    50200, Kuala Lumpur.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan beserta borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa.
  2. Salinan keputusan peperiksaan.
  3. Salinan sijil aktiviti kokurikulum/testimoni.
  4. Salinan ssurat tawaran daripada IPT.
  5. Salinan slip gaji terbaru ibu bapa pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web rasmi Bursa Malaysia

Senarai Penuh Biasiswa Terkini KLIK DiSINI

Advertisement


Leave a Comment