Advertisement

Permohonan Kemasukan SBP | SMKA | SMT | KV | MTD Tahun 2023

Cara Mohon Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2022 | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) | Sekolah Menengah Teknik (SMT) | Kolej Vokasional (KV) | Maktab Tentera Diraja (MTD) | Syarat Kemasukan Sekolah Khusu (PKSK) Terkini

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus.

Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang PKSK dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Sekolah Khusus bermula tahun 2021.

Apakah PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Apakah PKSK?

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.

Format PKSK

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

  • Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
  • Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
  • Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

Cara Pelaksanaan PKSK 2022

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa.

Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Tarikh Permohonan PKSK 2022

Tarikh permohonan PKSK bagi tahun 2022 telah diumumkan oleh KPM seperti berikut:

  • Tarikh buka: 10 Oktober 2021
  • Tarikh tutup: 15 November 2021

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendaftar dalam sistem APDM KPM
  3. Murid Tahun 6 Tahun 2021
    • Berumur 12 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2009 – 1 Januari 2010
  4. Murid Tingkatan 3 2021
    • Berumur 15 tahun atau
    • Lahir pada 2 Januari 2006 – 1 Januari 2007

Cara Permohonan PKSK 2022

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses secara online melalui:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem.

Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

Semakan Pusat Pentaksiran

Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bermula dari 1 Disember 2021.

Pentaksiran akan bermula pada tarikh berikut:

  • Tingkatan 1: Bermula 17-22 Januari 2022
  • Tingkatan 4: Bermula 7-17 Februari 2022

Keputusan PKSK

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Di Sini

Advertisement


Leave a Comment