Advertisement

Permohonan dan Semakan Status Permohonan Bantuan JKM 2021

Kemaskini! Cara Buat Permohonan dan Menyemak Status Kelulusan Permohonan Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Secara Online (Atas Talian) #Semakan Bantuan JKM 2021 #Tarikh Bayaran JKM 2021 #Syarat Mohon Bantuan JKM #Login eBantuan JKM

Pada pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, kerajaan bersetuju untuk menambah baik kebajikan golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) termasuk dengan menaikkan kadar bantuan beberapa bantuan bulanan. 

Di antara kenaikan kadar bantuan yang telah di umumkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika pembentangan itu adalah :

  • Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak berupaya bekerja : RM250 > RM300
  • Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU serta pesakit kronik : RM350 > RM500 – Boleh Rujuk Sini Bantuan Warga Emas
  • Kadar Elaun Pekerja OKU : RM400 > RM450
  • Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin : Anak 7 Tahun – 18 Tahun (RM100 > RM150) / Anak 6 Tahun Ke Bawah (RM200 seorang maksimum RM1000 Sekeluarga) – Boleh Rujuk Sini Bantuan Kanak-Kanak

Melalui program bantuan ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan ini kepada rakyat yang betul-betul memerlukan dan yang berkelayakan.

Bukan semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan program bantuan kebajikan ini, kerana pihak JabatanKebajikan Masyarakat akan mengambil kira potensi yang ada pada setiap pemohon/penerima bantuan yang masih produktif.

KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN JKM

Sebanyak 11 Kategori jenis bantuan daripada JKM yang boleh di mohon, antaranya adalah :

  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

SYARAT PERMOHONAN 

Beberapa syarat-syarat permohonan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, ianya seperti berikut :

  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan Penyata Pendapatan/ surat akaun pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan)

Nota : Syarat yang telah di tetapkan, pemohon hendaklah memenuhinya agar proses permohonan berjalan lancar.

Nota : Pastikan anda hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang telah di pohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan online.Kegagalan berbuat demikian,sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

CARA PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

  1. Layari laman web rasmi: eBantuan JKM
  2. Klik ‘Daftar Permohonan’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan anda.
  4. Setelah selesai, klik ‘Daftar’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.
  6. Bawa bersama dokumen yang diperlukan (seperti dalam senarai di bawah)

SEMAK STATUS PERMOHONAN JKM

Untuk anda yang sudah membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini,anda bolehlah menyemak status permohonan anda melalui portal rasmi semakan JKM. Berikut adalah cara dan langkah-langkahnya :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan JKM ➤ http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
  2. Klik “Semak Status Permohonanan Talian
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan “Semak”

Anda akan di berikan maklumat mengenai status permohonan anda dengan lengkap.

Berikut di sertakan Video Cara Mohon dan Semak Status Bantuan dari JKM Secara Atas Talian : Kredit Ali Gajet Channel (Youtube)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN JKM 2021

Maklumat Lanjut 

Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Info Penting lain :

Advertisement


Leave a Comment