Advertisement

Senarai Punca dan Kenapa Gagal Permohonan UPU Online

Tips dan Panduan Permohonan UPU 2021 | Apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU? Kepada yang gagal dalam permohonan ke UA/Politeknik, anda masih berpeluang dengan membuat rayuan UPU. 

Berikut kami kongsikan kenapa anda gagal mendapat tempat di UA/IPTA. ini antara sebabnya..

+ Punca Permohonan UPU Online Anda Gagal

Tawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan pada dasar markah merit 
iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Berikut dikongsikan punca permohonan UPU anda gagal untuk panduan anda:

1. Tidak Menetapi Syarat Khusus Program Yang Dipohon
Perkara utama yang perlu diambil kira adalah syarat program yang dipohon. 
Syarat am untuk kemasukan ke IPTA adalah wajib mendapat sekurang-kurangnya 
5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. 
Sekiranya tidak memenuhi syarat am ini, anda tidak layak diterima dari mana-mana 
IPTA.

2. Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan
Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU kemudian bertindak 
membuat semula e-rayuan merupakan salah satu faktor permohonan UPU ditolak. 
Untuk pengetahuan anda, e-rayuan dibuka hanya kepada pemohon yang langsung 
tidak ditawarkan UPU sahaja. Oleh itu, sekiranya anda masih benar-benar berminat 
untuk melanjutkan pengajian ke IPTA, terima sahaja dahulu tawaran tersebut atau 
gagal dalam permohonan e-rayuan tersebut.

3. Gagal Dalam Temuduga
Permohonan program yang memerlukan anda menghadiri sesi temuduga misalnya 
program perguruan, anda perlu lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal 
dalam temuduga itu, secara automatiknya permohonan anda juga gagal.

4. Tidak Menekan Butang Sah dan Hantar
Pastikan anda menekan pada butang sah dan hantar semasa membuat permohonan 
UPU secara online. Sekiranya, anda tidak menekan butang sah dan hantar, secara automatik 
permohonan anda tidak diterima oleh sistem UPU. Maka, 
permohonan anda dikatakan ‘Gagal’!

5. Memohon Program Pengajian Yang Popular
Bagi yang memohon kursus popular, anda perlu menanggung risiko yang tingggi 
kerana sudah tentu persaingannya sangat sengit. Anda terpaksa bersaing dengan 
pemohon lain yang tentunya lebih hebat daripada anda. Selalunya program 
pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan 
utama pemohon tetapi hakikatnya kuota pengambilan untuk program seperti ini 
sangatlah terhad. Akibatnya, ramai pemohon yang terpaksa ditolak permohonannya selepas 
dinilai menerusi kiraan merit.

Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 – 8870 8200 atau 
laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/

Info Penting Lain :-

Advertisement


Leave a Comment