Advertisement

Permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Pembiayaan TEKUN Mobileprenuer 4.0 ini adalah untuk mereka yang ingin membuat pembelian motosikal, baik pulih motosikal atau sebagai modal pusingan.

Program ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jumlah Pembiayaan

Menerusi Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0, jumlah pembiayaan adalah daripada RM1,000 hingga RM10,000.

Tempoh Pembiayaan Balik

Tempoh pembiayaan balik adalah daripada 1 tahun hingga 3 tahun.

Kadar keuntungan yang dikenakakan pula adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Pemohon bukan seorang yang muflis.
  4. Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  5. Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  6. Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  7. Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  8. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  9. Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  10. Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 perlu membuat permohonan di pejabat TEKUN Nasional yang terdekat.

Maklumat Lanjut

Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 boleh melayari laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my

Advertisement


Leave a Comment