Advertisement

Permohonan SPUR PUNB | Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19

Bantuan SPUR PUNB | Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperkenalkan Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan pekerjaan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Kepada individu atau usahawan Bumiputera yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperkenalkan satu skim baharu untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19 iaitu Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR).

Penerima inisiatif ini diberikan penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.

Selain itu, pembiayaan SPUR ini juga boleh digunakan untuk modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi operasi perniagaan masing-masing.

OBJEKTIF SPUR PUNB

Objektif pelaksanaan SPUR oleh PUNB adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Pemohon yang ingin memohon SPUR boleh membuat permohonan secara atas talian di laman web rasmi PUNB di https://www.punbbiz.com.my/.

APAKAH KELEBIHAN SPUR PUNB?

Terdapat 3 keistimewaan bagi pemohon yang memohon pembiayaan SPUR iaitu:

  • Kursus dan latihan yang akan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  • Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan hartanah PUNB yang kompetitif.
  • Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat).

JUMLAH & TEMPOH PEMBIAYAAN SPUR PUNB

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada pemohon adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium.

KADAR KEUNTUNGAN SPUR PUNB

Kadar keuntungan yang ditetapkan untuk pembiayaan SPUR adalah sebanyak 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan.

SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN SPUR PUNB

Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
  • Individu tersebut berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon.

SEMAKAN SYARAT PERNIAGAAN SPUR PUNB

Selain syarat kelayakan, pemohon juga perlu memenuhi syarat perniagaan iaitu:

  • Individu atau ushawan tersebut ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020).
  • Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  • Syarikat dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera.
  • Syarikat adalah entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad.
  • Perniagaan dilakukan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan.
  • Perniagaan adalah dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan.
  • Perniagaan mestilah patuh Syariah.

CARA PERMOHONAN SPUR PUNB

Untuk membuat permohonan SPUR, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.punb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan klik bahagian ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
  4. Isi makumat diri dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Setelah mendaftar, muat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian.
  6. Pastikan dokumen yang lengkap dihantar mengikut kategori pilihan pembiayaan.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. i) Perniagaan yang telah beroperasi
  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan).
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan).
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  • Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.

Pendaftaran syarikat:

Bagi pendaftaran Enterpris, sila sertakan Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP).

Bagi perniagaan Sendirian Berhad, sila sertakan Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara.

  1. ii) Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik
  • Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham).
  • Surat/bukti pemberhentian kerja.
  • Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  • Penyata akaun individu/akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini.

SOALAN LAZIM PERMOHONAN SPUR PUNB

Bolehkah SPUR yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan lain?

Tidak. Pembiayaan SPUR tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain.

Adakah saya perlu membayar yuran untuk membuat permohonan?

Ya. Pemohon perlu membayar yuran pentadbiran sebanyak RM300 dan 1 bulan deposit sekuriti jika permohonan diluluskan dan diterima oleh pemohon. Yuran dan deposit sekuriti ini akan ditolak daripada pembiayaan.

Bolehkah pemilik perniagaan memohon moratorium lebih daripada 6 bulan?

Tidak. Tempoh moratorium secara automatik adalah selama 6 bulan sahaja.

Bagaimanakah PUNB menyalurkan dana kepada pemohon yang berjaya?

Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan yang diluluskan bagi pembelian aset tunggal yang melebihi atau sama nilai dengan 10% daripada jumlah pembiayaan. Lain-lain tujuan pembiayaan atau pembelian asset dibawah 10% daripada jumlah pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat.

Adakah saya memerlukan penjamin daripada pihak ketiga untuk memohon SPUR?

Tidak. Hanya pemohon/pengarah/pemegang saham syarikat yang akan menjadi penjamin bagi pembiayaan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau menghantar email ke customerservice@punb.com.my.

MOHON SEKARANG!! | Untuk Senarai Terkini Bantuan Kerajaan KLIK SINI!

Advertisement


Leave a Comment