Advertisement

Permohonan dan Kemaskini Borang UPU Online dan Permohonan Baharu UPU Sesi Akademik 2021/2022

Cara Kemaskini Permohonan UPU 2021/2022 Online Lepasan SPM 2020 (Fasa Pengemaskinian) dan Permohonan Baharu yang Dibuka Semula |Update Borang Maklumat UPUOnline SPM, STPM, Matrikulasi #Login dan Daftar UPUOnline

Untuk makluman para pelajar Lepasan SPM, Result SPM 2020 telah diumumkan pada 10 Jun 2021(Khamis) yang lalu – Tahniah!! di Ucapkan kepada semua.

Borang Permohonan UPU Online Fasa 2 hanya boleh dibuat pengemaskinian 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan iaitu pada 15 Jun 2021 seperti yang terpapar di dalam tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar ke UA/IPTA Sesi Akademik 2021/2022.

Taklimat Panduan KEMASKINI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE 

oleh Pegawai UPU, KPT akan diadakan pada 15 JUN 2021, Jam 1.00 – 2.00 Petang

1. Cara Login UPU Online Untuk Pengemaskinian dan Permohonan Baharu UPUOnline

Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU berikut :-

https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/


2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

3. Log masuk seperti biasa.

4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.

5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Rujuk Info Tambahan : Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM

Nota :

i. Sekiranya pemohon lupa kata laluan yang diisi ketika mengemukakan permohonan untuk tujuan kemaskini UPU.

ii. Pemohon boleh dapatkan semula Kata Laluan anda dengan klik pada pautan ‘Lupa Kata Laluan’. Password tersebut akan dihantar ke email yang telah didaftarkan.

Apakah Definisi Fasa Pengemaskinian UPUOnline?

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemuduga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Dikongsikan Pengkongsian Youtube Cara Pengemaskinian Permohonan UPU Online yang tahun 2020. Note : Mungkin pada tahun ini ada perbezaan dari segi pengemaskinian. Namun, moga ini dapat memberi gambaran awal kepada anda.

Akan dikemaskini dari masa ke semasa

#Lepasan SPM #Lepasan STPM #Lepasan Matrikulasi #Lepasan Politeknik #Lepasan Diploma

Info Penting lain :

Advertisement


15 Pingbacks

Leave a Comment